Akhirnya, fayyad dah boleh balik rumah selepas 5 hari boring duduk dekat hospital. Terima kasih banyak-banyak pada doktor dan juga kepada kakak-kakak nurse yang tolong jaga fayyad siang dan malam. Fayyad tak nak jumpa korang lagi kalau boleh. Jumpa kat luar takpe la. :)
Showing posts with label family. Show all posts
Showing posts with label family. Show all posts
Thursday, February 27, 2014
Saturday, May 25, 2013
Papa Fayyad
Selfie dengan papa sementara tunggu mummy balik kerja.
Hari ini mummy kerja. jadi papa teman fayyad dekat rumah la. Papa ni tak sporting langsung. Patutnya papa bawak fayyad jalan-jalan. Tapi papa kata tak boleh jalan-jalan kalau mummy kerja. Nanti mummy jeles tak dapat ikut. Mummy tak boleh fokus kerja tengok papa upload gambar fayyad jalan-jalan. Kelakar betul la papa dan mummy ni. Jadi aktiviti hari ini tengok kartun dekat tv dan tidur je la..
Thursday, April 4, 2013
Mainan Pertama
Rindu nya dekat papa..hari ini papa telefon mummy..bagitahu papa beli mainan untuk fayyad. Fayayd rasa itu adalah mainan yang pertama dalam hidup fayyad. Lagipun fayyad kan kecik lagi.. Mana la nak pandai main semua. Tapi papa beli juga. Terima kasih papa.
Weekend ni tak dapat jumpa papa sebab papa nak balik jauh dekat kelate. Nanti papa drive sorang-sorang bahaya. Takpe sabar la. Lagi 2 minggu baru boleh jumpa papa.
Cik wem (worm)..tak sabar nak jumpa... :)
Weekend ni tak dapat jumpa papa sebab papa nak balik jauh dekat kelate. Nanti papa drive sorang-sorang bahaya. Takpe sabar la. Lagi 2 minggu baru boleh jumpa papa.
Sunday, March 31, 2013
Balik Kelantan
Hari ini papa & mummy siap-siap awal pagi..nak pergi mana ehh..Ooo..nak bawa fayyad balik rumah tok abah. Jauh jugak tu...dari Segamat, Johor nak sampai Tumpat, Kelate dehh...hehe...tapi tak ape la..jalan slow-slow.
tidur jer la..nak tolong papa drive..mummy tak bagi.. ;p
Tuesday, March 26, 2013
Cukur Jambul
Malam tadi adalah malam aqiqah dan tahnik dan cukur jambul untuk fayyad Majlis di buat di kampung papa iaitu dirumah atuk dan uwan di Segamat, Johor. Tok Abah dan adik-beradik mummy yang lain pun datang juga dari kelantan. Seronoknya dapat ramai-ramai berkumpul. Baru lah meriah yang amat.
fayyad dan papa
fayyad, papa & mummy
fayyad sedang di cukur selepas di tahnikkan oleh Ustaz kamal
fadyyad dah botak.. :)
Saturday, March 9, 2013
Hari Pertama
Alhamdulillah aku dilahirkan secara normal oleh mummy di Hospital Ampang lebih kurang 2.15 pagi 8 Mac 2013. Ini adalah kali pertama aku melihat dunia dengan mataku sendiri. Tidak ada apa yang dapat diungkapkan selain rasa syukur Alhamdulillah.
Aku diazan dan diiqamahkan oleh papa sendiri seterusnya diberi susuoleh mummyku. Selesanya berada diatas mummy. Terima Kasih mummy & papa kerana menyambut kelahiranku. Begitu juga kepada misi-misi dan doktor yang turut membantu. Semoga Allah sahaja yang dapat membalas budi kalian semua.
Subscribe to:
Posts (Atom)









