Friday, February 28, 2014

Taska


Fayyad tidur lena sangat malam tadi sebab penat main. Semalam mummy marah fayyad sebab sejak balik dari hospital, fayyad tak nak tidur asyik nak main jer. Yer la mummy..fayyad rindu dekat rumah..rindu dekat mainan fayyad..rindu nak merangkak dan berdiri dekat tv..fayyad rindu nak tengok hi5 lagi.. mana boleh tidur. Lepas papa balik kerja semalam, papa bawa mummy, fayyad, tok abah dengan cik ude pergi tesco jalan-jalan


Pagi ni sebelum pergi kerja, papa & mummy bawa fayyad pergi tengok Taska dekat dengan rumah. Mummy kata fayyad kena tukar tempat sebab fayyad asyik demam jer. Fayyad tengok ramai kawan. Mummy kata minggu depan fayyad dah kena duduk sini. Doakan fayyad yer.

Thursday, February 27, 2014

Masa Untuk Pulang


Akhirnya, fayyad dah boleh balik rumah selepas 5 hari boring duduk dekat hospital. Terima kasih banyak-banyak pada doktor dan juga kepada kakak-kakak nurse yang tolong jaga fayyad siang dan malam. Fayyad tak nak jumpa korang lagi kalau boleh. Jumpa kat luar takpe la. :)