Sunday, March 31, 2013

Balik Kelantan

Hari ini papa & mummy siap-siap awal pagi..nak pergi mana ehh..Ooo..nak bawa fayyad balik rumah tok abah. Jauh jugak tu...dari Segamat, Johor nak sampai Tumpat, Kelate dehh...hehe...tapi tak ape la..jalan slow-slow. 

tidur jer la..nak tolong papa drive..mummy tak bagi.. ;p

Tapi kesian papa kene drive jauh..kesian mummy yang masih berpantang mesti tak selesa..kesian kat fayyad juga ..sebab ini perjalanan jauh yang pertama fayyad selapas dari KL ke segamat hari itu..Macam mana rasa ya jalan jauh...Doakan kami selamat sampai ya..Nanti dah selalu mesti fayayd dah biasa dah..hehhe

Tuesday, March 26, 2013

Cukur Jambul

Malam tadi adalah malam aqiqah dan tahnik dan cukur jambul untuk fayyad  Majlis di buat di kampung papa iaitu dirumah atuk dan uwan di Segamat, Johor. Tok Abah dan adik-beradik mummy yang lain pun datang juga dari kelantan. Seronoknya dapat ramai-ramai berkumpul. Baru lah meriah yang amat.

fayyad dan papa

fayyad, papa & mummy

Ramai juga tetamu yang datang walaupun pada awalnya hujan lebat. Malam tadi juga kepala fayyad di cukur sehingga licin dan nama penuh fayyad diistiharkan secara rasmi kepada semua tetamu. Rasa ringan pula bila tak ada rambut..hehe..nanti nak suruh papa botak juga la sama-sama dengan fayyad..mana best botak sorang-sorang..

fayyad sedang di cukur selepas di tahnikkan oleh Ustaz kamal

fadyyad dah botak.. :)

Thursday, March 14, 2013

Nama penuh

Alhamdulillah hari ini hari yang ke-7 aku berada di atas muka bumi Allah ini. Papa dan mummy sedikit cerewet dalam memilih nama untukku. Malam tadi setelah berbincang, mereka sepakat memberi nama seperti dibawah
  • Muhamamd - Nama junjungan besar Nabi Muhamamd SWT
  • Umair - Maju / Nama sahabat
  • Fayyad - Murah Hati
Muhamamd Umair Fayyad Bin Muhammad Fadhli

Dan pada hari itu juga papa pergi Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) untuk mendaftarkan nama dan mengambil surat kelahiran. Maka sah lah aku sebagai warganegara Malaysia. :)

Nama Rasmi siap nombor IC :)

Saturday, March 9, 2013

Hari Pertama

Alhamdulillah aku dilahirkan secara normal oleh mummy di Hospital Ampang lebih kurang 2.15 pagi 8 Mac 2013. Ini adalah kali pertama aku melihat dunia dengan mataku sendiri. Tidak ada apa yang dapat diungkapkan selain rasa syukur Alhamdulillah.

Aku diazan dan diiqamahkan oleh papa sendiri seterusnya diberi susuoleh mummyku. Selesanya berada diatas mummy. Terima Kasih mummy & papa kerana menyambut kelahiranku. Begitu juga kepada misi-misi dan doktor yang turut membantu. Semoga Allah sahaja yang dapat membalas budi kalian semua.

aku & mummy..sama comel tak ?

Pukul 7 malam mummy dan aku dah boleh keluar wad, bermakna tak perlu tidur wad dan balik rumah untuk kali pertama. Atuk dan wa serta cik uda pun ada. Ok nanti sambung kat ruamh tunggu papa ambil kereta jap.. ;p

atuk yang baru sampai dari segamat..