Alhamdulillah aku dilahirkan secara normal oleh mummy di Hospital Ampang lebih kurang 2.15 pagi 8 Mac 2013. Ini adalah kali pertama aku melihat dunia dengan mataku sendiri. Tidak ada apa yang dapat diungkapkan selain rasa syukur Alhamdulillah.
Aku diazan dan diiqamahkan oleh papa sendiri seterusnya diberi susuoleh mummyku. Selesanya berada diatas mummy. Terima Kasih mummy & papa kerana menyambut kelahiranku. Begitu juga kepada misi-misi dan doktor yang turut membantu. Semoga Allah sahaja yang dapat membalas budi kalian semua.
No comments:
Post a Comment