Hari ini fayyad admit untuk kali kedua dekat KPJ Ampang Puteri. Semalam petang fayyad demam panas masa mummy pergi kerja. Papa bawa fayyad pergi klinik check dengan doktor sebab panas sampai 38 degree papa kata tapi doktor kata fayyad demam biase selsema sahaja. Papa pun bawa fayyad balik dan bagi makan ubat. Fayyad pun rasa sihat sikit cuma tak ada selera nak makan. Malam tu papa dan fayyad keluar ambil mummy dekat office.
Pagi tadi dalam pukul 5 pagi badan fayyad panas balik dan tak selesa tak boleh tidur. Mummy check suhu badan fayyad. Mummy kata 39 nak ke 40. Papa ambil ubat demam dan bagi mummy utuk masuk dalam punggung. Lepas tu fayyad sambung tidur. Pagi dalam pukul 8 fayyad tak sedap perut. Fayyad cirit birit sampai pampers bocor. 3 kali mummy kena tukar pampers. Lepas tu fayyad tidur sampai dalam pukul 11 lebih fayyad bangun tak tahan dan mengigil. Papa suruh mummy siap nak bawa fayyad ke klinik atau hospital. Tengah siap tu fayyad muntah lagi. Fayyad tengok papa nangis. Papa kata kesian tengok fayyad menggigil
Sampai klinik doktor buat 1 surat untuk refer ke hospital. Papa bawa fayyad pergi KPJ Ampang Puteri.Lagipun fayyad ada rekod dan pernah admit dekat situ. Lepas jumpa doktor, doktor kata kena admit sebab demam fayyad tinggi dan kena masuk air juga. Fayyad nangis kuat masa nurse cucuk jarum nak masuk air dekat tangan. Fayyad rasa tak larat. Pukul 4petang baru dapat katil nombor 648. Kongsi dengan 2 lagi katil. Lepas tu kawan mummy datang bawa mainan.
No comments:
Post a Comment