Tuesday, March 26, 2013

Cukur Jambul

Malam tadi adalah malam aqiqah dan tahnik dan cukur jambul untuk fayyad  Majlis di buat di kampung papa iaitu dirumah atuk dan uwan di Segamat, Johor. Tok Abah dan adik-beradik mummy yang lain pun datang juga dari kelantan. Seronoknya dapat ramai-ramai berkumpul. Baru lah meriah yang amat.

fayyad dan papa

fayyad, papa & mummy

Ramai juga tetamu yang datang walaupun pada awalnya hujan lebat. Malam tadi juga kepala fayyad di cukur sehingga licin dan nama penuh fayyad diistiharkan secara rasmi kepada semua tetamu. Rasa ringan pula bila tak ada rambut..hehe..nanti nak suruh papa botak juga la sama-sama dengan fayyad..mana best botak sorang-sorang..

fayyad sedang di cukur selepas di tahnikkan oleh Ustaz kamal

fadyyad dah botak.. :)

No comments:

Post a Comment