Showing posts with label kampung. Show all posts
Showing posts with label kampung. Show all posts

Thursday, April 4, 2013

Mainan Pertama

Rindu nya dekat papa..hari ini papa telefon mummy..bagitahu papa beli mainan untuk fayyad. Fayayd rasa itu adalah mainan yang pertama dalam hidup fayyad. Lagipun fayyad kan kecik lagi.. Mana la nak pandai main semua. Tapi papa beli juga. Terima kasih papa.

Cik wem (worm)..tak sabar nak jumpa... :)

Weekend ni tak dapat jumpa papa sebab papa nak balik jauh dekat kelate. Nanti papa drive sorang-sorang bahaya. Takpe sabar la. Lagi 2 minggu baru boleh jumpa papa.

Sunday, March 31, 2013

Balik Kelantan

Hari ini papa & mummy siap-siap awal pagi..nak pergi mana ehh..Ooo..nak bawa fayyad balik rumah tok abah. Jauh jugak tu...dari Segamat, Johor nak sampai Tumpat, Kelate dehh...hehe...tapi tak ape la..jalan slow-slow. 

tidur jer la..nak tolong papa drive..mummy tak bagi.. ;p

Tapi kesian papa kene drive jauh..kesian mummy yang masih berpantang mesti tak selesa..kesian kat fayyad juga ..sebab ini perjalanan jauh yang pertama fayyad selapas dari KL ke segamat hari itu..Macam mana rasa ya jalan jauh...Doakan kami selamat sampai ya..Nanti dah selalu mesti fayayd dah biasa dah..hehhe

Tuesday, March 26, 2013

Cukur Jambul

Malam tadi adalah malam aqiqah dan tahnik dan cukur jambul untuk fayyad  Majlis di buat di kampung papa iaitu dirumah atuk dan uwan di Segamat, Johor. Tok Abah dan adik-beradik mummy yang lain pun datang juga dari kelantan. Seronoknya dapat ramai-ramai berkumpul. Baru lah meriah yang amat.

fayyad dan papa

fayyad, papa & mummy

Ramai juga tetamu yang datang walaupun pada awalnya hujan lebat. Malam tadi juga kepala fayyad di cukur sehingga licin dan nama penuh fayyad diistiharkan secara rasmi kepada semua tetamu. Rasa ringan pula bila tak ada rambut..hehe..nanti nak suruh papa botak juga la sama-sama dengan fayyad..mana best botak sorang-sorang..

fayyad sedang di cukur selepas di tahnikkan oleh Ustaz kamal

fadyyad dah botak.. :)