Tuesday, November 5, 2013

Rindu Papa

Demam rindu papa

Hari ni hari kedua fayyad tak jumpa papa..tak tidur dengan papa. Papa....fayyad demam. fayyad rindu papa..papa cepat la balik..papa pergi kerja dekat singapura seminggu..lagi 3 hari papa baru balik..mummy cakap papa beli mainan untuk fayyad..yeyay..cepat balik tau papa..mummy ambil cuti lagi hari ni jaga fayyad..

Saturday, November 2, 2013

Sepupu

Hari ini ada 2 perkara besar yang terjadi dalam keluarga kami. Yang pertama ialah kerana hari ini hari kelahiran papa yang ke-30. Memandangkan esok papa akan terbang ke singapura untuk seminggu, kami habiskan masa bersama di luar. Kami tak sambut besar-besaran cuma papa bawa mummy dan fayyad keluar makan dan jalan-jalan di sekitar KL.

mummy blanje papa nasi ayam,,mummy nak beli keke tapi papa tak nak..

Pekara yang kedua ialah ibu saudara fayyad selamat melahirkan sepupu perempuan untuk fayyad. Alhamdulillah. Jadi fayyad ada sepupu sebaya laa. Tak sabar pula nak jumpa sepupu fayayd. Eh..nanti papa boleh la celebrate birthday sama-sama dengan sepupu fayyad.  Seronoknya..

hi kazen..welcome..

Saturday, October 12, 2013

Balik Raya

fayyad taknak tidur lagi..nak main dulu..

Yeay hari ini nak balik kampung rumah tok abah dekat kelantan..mummy kata tok abah ada buat korban sembelih lembu..nak tengok..nak tengok...tak sabarnya..tadi sebelum balik mummy dan papa bawak fayyad singgah jusco beli baju melayu..fayyad kan dah besar dah boleh pakai baju melayu...yeayy ada baju raya la kiranya..best..best..jangan jeles fayyad ada baju raya... ;p

Monday, September 2, 2013

Demam

mummy and fayyad tengah tunggu papa ambil ubat

Hari ini fayyad demam dan tak sihat..tekak rasa gatal dan hidung selsema..papa dan mummy bawa fayyad pergi hospital jumpa doktor dan ambil ubat..doakan fayyad cepat sembuh ya..

Saturday, August 3, 2013

Happy Birthday Mummy

good morning & happy birthday mummy..

Fayyad orang yang paling awal wish dekat mummy..2nd yang wish papa la...papa ni lagi lambat dari fayyad..hehe..fayyad doa mummy sentiasa sehat walafiat..cantik dan happy selalu..murah rezki..boleh beli mainan untuk fayyad banyak-banyak...bawa fayyad jalan-jalan..semua-semua la..

Disebab sekarang ni bulan puasa..jadi takde celebrate mana la..papa cuma bawak mummy and fayyad jalan-jalan shopping cari baju raya jer..Tahun ni tahun pertama fayyad nak beraya dengan papa dan mummy..fayyad nak kumpul duit raya banyak-banyak.

fayyad penat sangat ikut papa & mummy jalan

malam pula papa bawa mummy and fayyad makan dekat Nando's.Uncle we pun ada datang baru sampai dari perak naik motor..Fayyad tak boleh makan lagi tapi mummy suap fayyad mashed potato..sedap juga..nanti bila fayyad dah besar..fayyad nak makan ayam jugak..

fayyad dan mummy di Nando's Ampang

Tuesday, July 2, 2013

Duduk Dengan Pengasuh


Hari ini hari pertama fayyad duduk rumah pengasuh..sebelum ni papa dan mummy kerja, uwa yang jaga fayyad..tapi papa kata fayyad kena belajar berdikari..uwan kena balik kampung juga..kesian atuk sorang-sorang dekat kampung tu..jadi fayyad kuatkan semangat duduk dekat rumah pengasuh..

Masa mummy hantar fayyad, fayyad nampak mummy nangis..papa paling rilek tapi fayyad tau papa sayang fayyad juga,,,Ok la hari pertama tak ada apa-apa..kawan dengan anak pengasuh..ada 3 orang anak perempuan yang kecil lagi..tapi lagi tua dari fayyad..ok nanti sambung cerita lagi

Saturday, June 8, 2013

3 Bulan

yeayy..hari ni dah genap 3 bulan umur fayyad..fayyad dah makin besar..dah makin berat..hari itu masa pergi checkup berat fayyad dah 5.4kg..berat kan fayyad..doakan fayyad sihat selalu yer..lagipun papa dengan mummy jaga fayyad dengan baik..terima kasih papa dan mummy.

fayyad sekarang dah pandai gelongsor dari tilam..meniarap sikit2 je sebab fayyad malas nak pusing-pusing..kadang-kadang papa yang paksa fayyad meniarap..ingat senang ke nak meniarap..meggelongsor lagi syokk..papa kata fayayd menggelongsor macam ulat..eiiiii...

pandai kan fayyad gelogsor turun dari tilam...macam CikWem fayyad laa..

Saturday, May 25, 2013

Papa Fayyad

Selfie dengan papa sementara tunggu mummy balik kerja.

Hari ini mummy kerja. jadi papa teman fayyad dekat rumah la. Papa ni tak sporting langsung. Patutnya papa bawak fayyad jalan-jalan. Tapi papa kata tak boleh jalan-jalan kalau mummy kerja. Nanti mummy jeles tak dapat ikut. Mummy tak boleh fokus kerja tengok papa upload gambar fayyad jalan-jalan. Kelakar betul la papa dan mummy ni. Jadi aktiviti hari ini tengok kartun dekat tv dan tidur je la..

Thursday, April 4, 2013

Mainan Pertama

Rindu nya dekat papa..hari ini papa telefon mummy..bagitahu papa beli mainan untuk fayyad. Fayayd rasa itu adalah mainan yang pertama dalam hidup fayyad. Lagipun fayyad kan kecik lagi.. Mana la nak pandai main semua. Tapi papa beli juga. Terima kasih papa.

Cik wem (worm)..tak sabar nak jumpa... :)

Weekend ni tak dapat jumpa papa sebab papa nak balik jauh dekat kelate. Nanti papa drive sorang-sorang bahaya. Takpe sabar la. Lagi 2 minggu baru boleh jumpa papa.

Sunday, March 31, 2013

Balik Kelantan

Hari ini papa & mummy siap-siap awal pagi..nak pergi mana ehh..Ooo..nak bawa fayyad balik rumah tok abah. Jauh jugak tu...dari Segamat, Johor nak sampai Tumpat, Kelate dehh...hehe...tapi tak ape la..jalan slow-slow. 

tidur jer la..nak tolong papa drive..mummy tak bagi.. ;p

Tapi kesian papa kene drive jauh..kesian mummy yang masih berpantang mesti tak selesa..kesian kat fayyad juga ..sebab ini perjalanan jauh yang pertama fayyad selapas dari KL ke segamat hari itu..Macam mana rasa ya jalan jauh...Doakan kami selamat sampai ya..Nanti dah selalu mesti fayayd dah biasa dah..hehhe

Tuesday, March 26, 2013

Cukur Jambul

Malam tadi adalah malam aqiqah dan tahnik dan cukur jambul untuk fayyad  Majlis di buat di kampung papa iaitu dirumah atuk dan uwan di Segamat, Johor. Tok Abah dan adik-beradik mummy yang lain pun datang juga dari kelantan. Seronoknya dapat ramai-ramai berkumpul. Baru lah meriah yang amat.

fayyad dan papa

fayyad, papa & mummy

Ramai juga tetamu yang datang walaupun pada awalnya hujan lebat. Malam tadi juga kepala fayyad di cukur sehingga licin dan nama penuh fayyad diistiharkan secara rasmi kepada semua tetamu. Rasa ringan pula bila tak ada rambut..hehe..nanti nak suruh papa botak juga la sama-sama dengan fayyad..mana best botak sorang-sorang..

fayyad sedang di cukur selepas di tahnikkan oleh Ustaz kamal

fadyyad dah botak.. :)

Thursday, March 14, 2013

Nama penuh

Alhamdulillah hari ini hari yang ke-7 aku berada di atas muka bumi Allah ini. Papa dan mummy sedikit cerewet dalam memilih nama untukku. Malam tadi setelah berbincang, mereka sepakat memberi nama seperti dibawah
  • Muhamamd - Nama junjungan besar Nabi Muhamamd SWT
  • Umair - Maju / Nama sahabat
  • Fayyad - Murah Hati
Muhamamd Umair Fayyad Bin Muhammad Fadhli

Dan pada hari itu juga papa pergi Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) untuk mendaftarkan nama dan mengambil surat kelahiran. Maka sah lah aku sebagai warganegara Malaysia. :)

Nama Rasmi siap nombor IC :)

Saturday, March 9, 2013

Hari Pertama

Alhamdulillah aku dilahirkan secara normal oleh mummy di Hospital Ampang lebih kurang 2.15 pagi 8 Mac 2013. Ini adalah kali pertama aku melihat dunia dengan mataku sendiri. Tidak ada apa yang dapat diungkapkan selain rasa syukur Alhamdulillah.

Aku diazan dan diiqamahkan oleh papa sendiri seterusnya diberi susuoleh mummyku. Selesanya berada diatas mummy. Terima Kasih mummy & papa kerana menyambut kelahiranku. Begitu juga kepada misi-misi dan doktor yang turut membantu. Semoga Allah sahaja yang dapat membalas budi kalian semua.

aku & mummy..sama comel tak ?

Pukul 7 malam mummy dan aku dah boleh keluar wad, bermakna tak perlu tidur wad dan balik rumah untuk kali pertama. Atuk dan wa serta cik uda pun ada. Ok nanti sambung kat ruamh tunggu papa ambil kereta jap.. ;p

atuk yang baru sampai dari segamat..