Saturday, November 2, 2013

Sepupu

Hari ini ada 2 perkara besar yang terjadi dalam keluarga kami. Yang pertama ialah kerana hari ini hari kelahiran papa yang ke-30. Memandangkan esok papa akan terbang ke singapura untuk seminggu, kami habiskan masa bersama di luar. Kami tak sambut besar-besaran cuma papa bawa mummy dan fayyad keluar makan dan jalan-jalan di sekitar KL.

mummy blanje papa nasi ayam,,mummy nak beli keke tapi papa tak nak..

Pekara yang kedua ialah ibu saudara fayyad selamat melahirkan sepupu perempuan untuk fayyad. Alhamdulillah. Jadi fayyad ada sepupu sebaya laa. Tak sabar pula nak jumpa sepupu fayayd. Eh..nanti papa boleh la celebrate birthday sama-sama dengan sepupu fayyad.  Seronoknya..

hi kazen..welcome..

No comments:

Post a Comment