Sunday, January 5, 2014

Demam Panas

37degrees ke atas papa kata kira demam tapi fayyad dah 39 degrees

Hari ini fayyad tak selesa badan..papa kata fayyad demam panas..pukul 5 pagi tadi mummy dah kejut papa suruh ambil termometer nak cek suhu badan fayyad..mummy kata suhu fayyad 38degree macam tu la..fayyad mana faham..yang fayyad tahu fayyad tak boleh tidor..mummy letak kool fever yang papa ambil dari dalam peti dan letak ubat demam dekat punggung fayyad..lepas tu baru boleh sambung tido..

fayyad selfie dengan mummy tapi tak larat nak senyum

pukul 10 tu suhu badan fayyad dah turun sikit tapi mummy ajak papa bawak fayyad pergi klinik jumpa doktor. Doktor cuma bagi ubat batuk, selsema dan demam. Balik rumah mummy bagi ubat. Rasa dah lega sikit. Fayyad baru nak main dengan papa tapi mummy suruh fayyad rehat dan tidur. Dekat pukul 5 tu fayyad rasa tak selesa semula. Mummy kata badan fayyad panas semula. Papa suruh mummy siap-siap nak bawa fayyad pergi Hospital KPJ Ampang Puteri

fayyad nak manja dengan papa..fayyad sakit..

Kat sana dieorg bagi ubat demam masuk dekat punggung sebab suhu badan fayyad tinggi..pastu doktor kata fayyad kena jangkitan virus tapi Alhamdulillah paru-paru Ok. Doktor suruh ambil darah fayyad untuk buat ujian. Fayyad takut dan nangis kuat-kuat. Fayyad tengok papa dengan mummy pun nangis. Papa kata dia tak tengok masa jarum tu cucuk dekat tangan fayyad. Papa tak sampai hati. Lepas habis ambil darah kena tunggu sejam sebelum keluar keputusan

sebelum ambil darah..fayyad takut..

tangan fayyad kena cucuk jarum..sakit..

Bila keluar keputusan.doktor kata ok tapi kena tengok dulu demam macam mana sampai hari rabu..kalau tak ok fayyad kena datang lagi ambil antibiotik..fayyad boleh balik rehat dekat rumah..sampai rumah mummy bagi ubat..fayyad suka ubat dari KPJ..sedap. Ubat klinik tak sedap..Papa kata fayyad pandai pilih ubat mahal..hehe..mesti la papa...mummy pula kata nak cuti esok jaga fayyad..terima kasih mummy..terima kasih papa..fayyad sayang mummy dengan papa..






Thursday, January 2, 2014

Ikea Tahun Baru 2014

Selamat Tahun Baru 2014 !!!

Selamat papa dan mummy cuti sempena tahun baru 2014. Papa dan mummy bawa fayyad jalan-jalan pergi Ikea. Sebenarnya ini kali kedua fayyad sampai Ikea tapi yang dulu tak jalan pun. Yang ini kira first time la pusing-pusing dekat dalam Ikea. Dekat Ikea, kiteorang jumpa uncle Junaid autie yaya & abang Amsyar. Kiteorang jalan-jalan sekali laa..

Papa dan mummy shopping banyak barang untuk fayyad. Papa belikan fayyad kerusi makan. Mummy belikan fayyad cawan dan pinggan plastik. Mummy juga beli bakul untuk simpan mainan fayyad. Tapi papa lupa beli mainan untuk fayyad..hukhuk..besar juga ikea..dah la ramai orang..boring fayyad duduk dalam stroller..

Balik dari Ikea singgah dulu rumah abang Amsyar. Fayyad tak pernah sampai lagi sana. Mummy & papa kata pun dah lama tak datang. Sejak fayyad lahir lagii..dekat setahun dah tu. Abang Amsyar banyak mainan. Nanti nak suruh papa & mummy beli banyak-banyak jugak untuk fayyad. Ok la..fayyad penat jalan hari ini..Nak masuk tidur la sebab esok mummy & papa kerja.