Friday, February 28, 2014

Taska


Fayyad tidur lena sangat malam tadi sebab penat main. Semalam mummy marah fayyad sebab sejak balik dari hospital, fayyad tak nak tidur asyik nak main jer. Yer la mummy..fayyad rindu dekat rumah..rindu dekat mainan fayyad..rindu nak merangkak dan berdiri dekat tv..fayyad rindu nak tengok hi5 lagi.. mana boleh tidur. Lepas papa balik kerja semalam, papa bawa mummy, fayyad, tok abah dengan cik ude pergi tesco jalan-jalan


Pagi ni sebelum pergi kerja, papa & mummy bawa fayyad pergi tengok Taska dekat dengan rumah. Mummy kata fayyad kena tukar tempat sebab fayyad asyik demam jer. Fayyad tengok ramai kawan. Mummy kata minggu depan fayyad dah kena duduk sini. Doakan fayyad yer.

Thursday, February 27, 2014

Masa Untuk Pulang


Akhirnya, fayyad dah boleh balik rumah selepas 5 hari boring duduk dekat hospital. Terima kasih banyak-banyak pada doktor dan juga kepada kakak-kakak nurse yang tolong jaga fayyad siang dan malam. Fayyad tak nak jumpa korang lagi kalau boleh. Jumpa kat luar takpe la. :)

Wednesday, February 26, 2014

Tok Abah dan Cik Ude


yeayyy..tok abah dengan cik ude dah sampai dari kelantan. seronoknya ramai datang lawat fayyad. fayyad rasa makin sehat la macam ni. tapi papa kata atuk dengan uwa dah nak balik esok pagi. terima kasih atuk dengan uwa teman fayyad dari hari itu. jumpa lagi nanti.

Monday, February 24, 2014

Hari Ke-2

Hari ini hari kedua fayyad dalam wad. Air pun dah masuk botol yang ketiga. Badan fayyad masih tak tahan dan akan panas bila kesan ubat dah habis. Selalunya dalam lima hingga ke enam jam. Badan fayyad akan mula menggigil dan rasa tidak selesa. 

Mummy akan panggil nurse untuk bagi ubat demam melalui punggung. Fayyad pun akan berak-berak. Kesian mummy selalu kena tukar pampers fayyad. Hospital juga dah ambil sampel najis untuk di uji. Mummy kata tunggu esok baru doktor bagi tahu keputusan

Oh ya..petang tadi atuk dengan uwan datang dari johor. seronok dapat jumpa atuk dengan uwan tapi atuk dengan uwan tak tidur sini.Papa hantar balik rumah. Esok lusa mummy kata tok abah dengan cik ude nak datang. Seronok nya. Ok la mummy suruh fayyad tidur ni, selamat malam

Sunday, February 23, 2014

Admit Kali Ke-2

Hari ini fayyad admit untuk kali kedua dekat KPJ Ampang Puteri. Semalam petang fayyad demam panas masa mummy pergi kerja. Papa bawa fayyad pergi klinik check dengan doktor sebab panas sampai 38 degree papa kata tapi doktor kata fayyad demam biase selsema sahaja. Papa pun bawa fayyad balik dan bagi makan ubat. Fayyad pun rasa sihat sikit cuma tak ada selera nak makan. Malam tu papa dan fayyad keluar ambil mummy dekat office.

Pagi tadi dalam pukul 5 pagi badan fayyad panas balik dan tak selesa tak boleh tidur. Mummy check suhu badan fayyad. Mummy kata 39 nak ke 40. Papa ambil ubat demam dan bagi mummy utuk masuk dalam punggung. Lepas tu fayyad sambung tidur. Pagi dalam pukul 8 fayyad tak sedap perut. Fayyad cirit birit sampai pampers bocor. 3 kali mummy kena tukar pampers. Lepas tu fayyad tidur sampai dalam pukul 11 lebih fayyad bangun tak tahan dan mengigil. Papa suruh mummy siap nak bawa fayyad ke klinik atau hospital. Tengah siap tu fayyad muntah lagi. Fayyad tengok papa nangis. Papa kata kesian tengok fayyad menggigil

Sampai klinik doktor buat 1 surat untuk refer ke hospital. Papa bawa fayyad pergi KPJ Ampang Puteri.Lagipun fayyad ada rekod dan pernah admit dekat situ. Lepas jumpa doktor, doktor kata kena admit sebab demam fayyad tinggi dan kena masuk air juga. Fayyad nangis kuat masa nurse cucuk jarum nak masuk air dekat tangan. Fayyad rasa tak larat. Pukul 4petang baru dapat katil nombor 648. Kongsi dengan 2 lagi katil. Lepas tu kawan mummy datang bawa mainan.

Saturday, February 8, 2014

11 bulan


Alhamdulillah fayyad dah sebelas bulan hari ini. Lagi sebulan nak setahun umur fayyad. :)

Wednesday, February 5, 2014

Checkup Doktor Nasir

Hari ini ada checkup dengan Doktor Nasir dekat KPJ Ampang Puteri pasal fayyad baru lepas keluar wad bulan lepas. Mummy kata doktor nak check fayyad dah sembuh ke belum.  Sambil-sambil tunggu giliran dan kebetulan doktor tak ada kat bilik, papa dengan mummy bawa fayyad main dekat playground dekat-dekat situ. Seronok juga main tapi fayyad tak pandai main lagi

Tuesday, January 21, 2014

Physio


Mummy kata hari ini hari pertama fayyad kena pergi physio. Physio tu apa ? biskut ke. Fayayd suka.

Monday, January 20, 2014

Admit KPJ Ampang Puteri


Hari ini mummy dengan papa kata kita kena tidur dekat sini. Tak boleh tidur dekat rumah sebab fayyad tak sihat. Ini kali pertama fayyad kena masuk wad sebab fayyad demam, batuk dan selsema.. Doktor kata kahak fayyad dah masuk dalam paru-paru dan kena sedut takut ada jangkitan kuman atau virus. Tak tahu la berapa lama kena duduk sini. Dah la sakit tangan kena masuk air. Tak boleh jalan-jalan kena duduk atas katil jer. Boring.

Monday, January 13, 2014

Kampung Mummy

hari ini fayyad dengan papa bangun lewat..fayyad letih teman papa drive semalam,,mummy dah bising-bising suruh bangun sebab mummy lapar nak makan..lepas siap-siap..fayyad pun ikut papa dan mummy pergi bandar machang.

selfie guna laptop papa

kiteorang sarapan dekat sana la dekat dalam pasar machang. macam-macam ada jual. papa makan nasi dagang. mummy makan nasi kerabu. papa suap fayyad karipap je. lepas tu papa bagi fayayd rasa teh ais. mummy kata teh ais kat kelantan paling sedap..iyer ker..?? hehe

balik rumah fayyad main dengan tok abah lepas tu teman papa tidur. Eh..papa teman fayyad tidur sampai la petang.

Sunday, January 5, 2014

Demam Panas

37degrees ke atas papa kata kira demam tapi fayyad dah 39 degrees

Hari ini fayyad tak selesa badan..papa kata fayyad demam panas..pukul 5 pagi tadi mummy dah kejut papa suruh ambil termometer nak cek suhu badan fayyad..mummy kata suhu fayyad 38degree macam tu la..fayyad mana faham..yang fayyad tahu fayyad tak boleh tidor..mummy letak kool fever yang papa ambil dari dalam peti dan letak ubat demam dekat punggung fayyad..lepas tu baru boleh sambung tido..

fayyad selfie dengan mummy tapi tak larat nak senyum

pukul 10 tu suhu badan fayyad dah turun sikit tapi mummy ajak papa bawak fayyad pergi klinik jumpa doktor. Doktor cuma bagi ubat batuk, selsema dan demam. Balik rumah mummy bagi ubat. Rasa dah lega sikit. Fayyad baru nak main dengan papa tapi mummy suruh fayyad rehat dan tidur. Dekat pukul 5 tu fayyad rasa tak selesa semula. Mummy kata badan fayyad panas semula. Papa suruh mummy siap-siap nak bawa fayyad pergi Hospital KPJ Ampang Puteri

fayyad nak manja dengan papa..fayyad sakit..

Kat sana dieorg bagi ubat demam masuk dekat punggung sebab suhu badan fayyad tinggi..pastu doktor kata fayyad kena jangkitan virus tapi Alhamdulillah paru-paru Ok. Doktor suruh ambil darah fayyad untuk buat ujian. Fayyad takut dan nangis kuat-kuat. Fayyad tengok papa dengan mummy pun nangis. Papa kata dia tak tengok masa jarum tu cucuk dekat tangan fayyad. Papa tak sampai hati. Lepas habis ambil darah kena tunggu sejam sebelum keluar keputusan

sebelum ambil darah..fayyad takut..

tangan fayyad kena cucuk jarum..sakit..

Bila keluar keputusan.doktor kata ok tapi kena tengok dulu demam macam mana sampai hari rabu..kalau tak ok fayyad kena datang lagi ambil antibiotik..fayyad boleh balik rehat dekat rumah..sampai rumah mummy bagi ubat..fayyad suka ubat dari KPJ..sedap. Ubat klinik tak sedap..Papa kata fayyad pandai pilih ubat mahal..hehe..mesti la papa...mummy pula kata nak cuti esok jaga fayyad..terima kasih mummy..terima kasih papa..fayyad sayang mummy dengan papa..






Thursday, January 2, 2014

Ikea Tahun Baru 2014

Selamat Tahun Baru 2014 !!!

Selamat papa dan mummy cuti sempena tahun baru 2014. Papa dan mummy bawa fayyad jalan-jalan pergi Ikea. Sebenarnya ini kali kedua fayyad sampai Ikea tapi yang dulu tak jalan pun. Yang ini kira first time la pusing-pusing dekat dalam Ikea. Dekat Ikea, kiteorang jumpa uncle Junaid autie yaya & abang Amsyar. Kiteorang jalan-jalan sekali laa..

Papa dan mummy shopping banyak barang untuk fayyad. Papa belikan fayyad kerusi makan. Mummy belikan fayyad cawan dan pinggan plastik. Mummy juga beli bakul untuk simpan mainan fayyad. Tapi papa lupa beli mainan untuk fayyad..hukhuk..besar juga ikea..dah la ramai orang..boring fayyad duduk dalam stroller..

Balik dari Ikea singgah dulu rumah abang Amsyar. Fayyad tak pernah sampai lagi sana. Mummy & papa kata pun dah lama tak datang. Sejak fayyad lahir lagii..dekat setahun dah tu. Abang Amsyar banyak mainan. Nanti nak suruh papa & mummy beli banyak-banyak jugak untuk fayyad. Ok la..fayyad penat jalan hari ini..Nak masuk tidur la sebab esok mummy & papa kerja.