Saturday, June 8, 2013

3 Bulan

yeayy..hari ni dah genap 3 bulan umur fayyad..fayyad dah makin besar..dah makin berat..hari itu masa pergi checkup berat fayyad dah 5.4kg..berat kan fayyad..doakan fayyad sihat selalu yer..lagipun papa dengan mummy jaga fayyad dengan baik..terima kasih papa dan mummy.

fayyad sekarang dah pandai gelongsor dari tilam..meniarap sikit2 je sebab fayyad malas nak pusing-pusing..kadang-kadang papa yang paksa fayyad meniarap..ingat senang ke nak meniarap..meggelongsor lagi syokk..papa kata fayayd menggelongsor macam ulat..eiiiii...

pandai kan fayyad gelogsor turun dari tilam...macam CikWem fayyad laa..

Saturday, May 25, 2013

Papa Fayyad

Selfie dengan papa sementara tunggu mummy balik kerja.

Hari ini mummy kerja. jadi papa teman fayyad dekat rumah la. Papa ni tak sporting langsung. Patutnya papa bawak fayyad jalan-jalan. Tapi papa kata tak boleh jalan-jalan kalau mummy kerja. Nanti mummy jeles tak dapat ikut. Mummy tak boleh fokus kerja tengok papa upload gambar fayyad jalan-jalan. Kelakar betul la papa dan mummy ni. Jadi aktiviti hari ini tengok kartun dekat tv dan tidur je la..