Friday, February 28, 2014

Taska


Fayyad tidur lena sangat malam tadi sebab penat main. Semalam mummy marah fayyad sebab sejak balik dari hospital, fayyad tak nak tidur asyik nak main jer. Yer la mummy..fayyad rindu dekat rumah..rindu dekat mainan fayyad..rindu nak merangkak dan berdiri dekat tv..fayyad rindu nak tengok hi5 lagi.. mana boleh tidur. Lepas papa balik kerja semalam, papa bawa mummy, fayyad, tok abah dengan cik ude pergi tesco jalan-jalan


Pagi ni sebelum pergi kerja, papa & mummy bawa fayyad pergi tengok Taska dekat dengan rumah. Mummy kata fayyad kena tukar tempat sebab fayyad asyik demam jer. Fayyad tengok ramai kawan. Mummy kata minggu depan fayyad dah kena duduk sini. Doakan fayyad yer.

Thursday, February 27, 2014

Masa Untuk Pulang


Akhirnya, fayyad dah boleh balik rumah selepas 5 hari boring duduk dekat hospital. Terima kasih banyak-banyak pada doktor dan juga kepada kakak-kakak nurse yang tolong jaga fayyad siang dan malam. Fayyad tak nak jumpa korang lagi kalau boleh. Jumpa kat luar takpe la. :)

Wednesday, February 26, 2014

Tok Abah dan Cik Ude


yeayyy..tok abah dengan cik ude dah sampai dari kelantan. seronoknya ramai datang lawat fayyad. fayyad rasa makin sehat la macam ni. tapi papa kata atuk dengan uwa dah nak balik esok pagi. terima kasih atuk dengan uwa teman fayyad dari hari itu. jumpa lagi nanti.

Monday, February 24, 2014

Hari Ke-2

Hari ini hari kedua fayyad dalam wad. Air pun dah masuk botol yang ketiga. Badan fayyad masih tak tahan dan akan panas bila kesan ubat dah habis. Selalunya dalam lima hingga ke enam jam. Badan fayyad akan mula menggigil dan rasa tidak selesa. 

Mummy akan panggil nurse untuk bagi ubat demam melalui punggung. Fayyad pun akan berak-berak. Kesian mummy selalu kena tukar pampers fayyad. Hospital juga dah ambil sampel najis untuk di uji. Mummy kata tunggu esok baru doktor bagi tahu keputusan

Oh ya..petang tadi atuk dengan uwan datang dari johor. seronok dapat jumpa atuk dengan uwan tapi atuk dengan uwan tak tidur sini.Papa hantar balik rumah. Esok lusa mummy kata tok abah dengan cik ude nak datang. Seronok nya. Ok la mummy suruh fayyad tidur ni, selamat malam

Sunday, February 23, 2014

Admit Kali Ke-2

Hari ini fayyad admit untuk kali kedua dekat KPJ Ampang Puteri. Semalam petang fayyad demam panas masa mummy pergi kerja. Papa bawa fayyad pergi klinik check dengan doktor sebab panas sampai 38 degree papa kata tapi doktor kata fayyad demam biase selsema sahaja. Papa pun bawa fayyad balik dan bagi makan ubat. Fayyad pun rasa sihat sikit cuma tak ada selera nak makan. Malam tu papa dan fayyad keluar ambil mummy dekat office.

Pagi tadi dalam pukul 5 pagi badan fayyad panas balik dan tak selesa tak boleh tidur. Mummy check suhu badan fayyad. Mummy kata 39 nak ke 40. Papa ambil ubat demam dan bagi mummy utuk masuk dalam punggung. Lepas tu fayyad sambung tidur. Pagi dalam pukul 8 fayyad tak sedap perut. Fayyad cirit birit sampai pampers bocor. 3 kali mummy kena tukar pampers. Lepas tu fayyad tidur sampai dalam pukul 11 lebih fayyad bangun tak tahan dan mengigil. Papa suruh mummy siap nak bawa fayyad ke klinik atau hospital. Tengah siap tu fayyad muntah lagi. Fayyad tengok papa nangis. Papa kata kesian tengok fayyad menggigil

Sampai klinik doktor buat 1 surat untuk refer ke hospital. Papa bawa fayyad pergi KPJ Ampang Puteri.Lagipun fayyad ada rekod dan pernah admit dekat situ. Lepas jumpa doktor, doktor kata kena admit sebab demam fayyad tinggi dan kena masuk air juga. Fayyad nangis kuat masa nurse cucuk jarum nak masuk air dekat tangan. Fayyad rasa tak larat. Pukul 4petang baru dapat katil nombor 648. Kongsi dengan 2 lagi katil. Lepas tu kawan mummy datang bawa mainan.

Saturday, February 8, 2014

11 bulan


Alhamdulillah fayyad dah sebelas bulan hari ini. Lagi sebulan nak setahun umur fayyad. :)

Wednesday, February 5, 2014

Checkup Doktor Nasir

Hari ini ada checkup dengan Doktor Nasir dekat KPJ Ampang Puteri pasal fayyad baru lepas keluar wad bulan lepas. Mummy kata doktor nak check fayyad dah sembuh ke belum.  Sambil-sambil tunggu giliran dan kebetulan doktor tak ada kat bilik, papa dengan mummy bawa fayyad main dekat playground dekat-dekat situ. Seronok juga main tapi fayyad tak pandai main lagi