Tuesday, November 5, 2013

Rindu Papa

Demam rindu papa

Hari ni hari kedua fayyad tak jumpa papa..tak tidur dengan papa. Papa....fayyad demam. fayyad rindu papa..papa cepat la balik..papa pergi kerja dekat singapura seminggu..lagi 3 hari papa baru balik..mummy cakap papa beli mainan untuk fayyad..yeyay..cepat balik tau papa..mummy ambil cuti lagi hari ni jaga fayyad..

Saturday, November 2, 2013

Sepupu

Hari ini ada 2 perkara besar yang terjadi dalam keluarga kami. Yang pertama ialah kerana hari ini hari kelahiran papa yang ke-30. Memandangkan esok papa akan terbang ke singapura untuk seminggu, kami habiskan masa bersama di luar. Kami tak sambut besar-besaran cuma papa bawa mummy dan fayyad keluar makan dan jalan-jalan di sekitar KL.

mummy blanje papa nasi ayam,,mummy nak beli keke tapi papa tak nak..

Pekara yang kedua ialah ibu saudara fayyad selamat melahirkan sepupu perempuan untuk fayyad. Alhamdulillah. Jadi fayyad ada sepupu sebaya laa. Tak sabar pula nak jumpa sepupu fayayd. Eh..nanti papa boleh la celebrate birthday sama-sama dengan sepupu fayyad.  Seronoknya..

hi kazen..welcome..